photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/28/2012

Diskaun 31% Daripada Baskin Robbins


Jom serang Baskin Robbins yuk.. hehehehehe. Kepada peminat aiskrim macam Faidz ni, boleh laa kita serang Baskin Robbins sempena diskaun 31% yang akan diberikan selama 3 hari iaitu 29, 30 dan 31 Ogos 2012. Tak sabar nak beratur esok. Yay!

8/25/2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin



Faidz rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang merayakannya tidak kira di Malaysia maupun di seantero dunia. Diharap korunk meraikannya bersama keluarga tercinta dengan hati yang gembira dan penuh keceriaan.

8/15/2012

Perlawanan Persahabatan Bersama Pasukan Malaysia


Malam semalam Faidz dan pasukan Legend Netball Club telah dipanggil untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan bola jaring Malaysia di ISN Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pasukan Bola Jaring Malaysia akan berangkat ke Sri Lanka pada hari raya kedua ini untuk mewakili Malaysia pada Pertandingan Bola Jaring Asia.

Tak dapat digambarkan kepenatan setelah sebulan tak mengeluarkan peluh kerana bulan puasa dan untuk melawan  stamina pasukan Malaysia bukanlah perkara yang mudah. Faidz yang pada suku masa pertama tercungap dek kerana lama tak berpeluh dapat mengembalikan stamina pada suku masa kedua hingga keenam.

Bermain 6 pusingan dan setiap pusingan diperuntukan 15 minit. Legend Netball Club hanya menghantar 9 orang pemain manakala pasukan Malaysia 15 orang pemain. Umpama 2 melawan 1 pada malam tadi. Setelah habis 6 pusingan, kami seri dengan pasukan Malaysia 42-42. Daripada 3 perlawanan dengan mereka, 2 daripada perlawanan tersebut telah dimenangi oleh kami manakala 1 seri.

Diharap pasukan Malaysia dapat melakukan yang terbaik pada pertandingan tersebut dan dapat menumpaskan musuh tradisi Singapura dan juga tuan rumah Sri Lanka. Malaysia Boleh!

8/13/2012

Kad Raya Dah Pos



Kad raya dah pos! hehehehe, lega rasanya dapat settle kad raya buat blogger yang Faidz janjikan last week. Walaupon jari jemari lenguh menulis tetapi kepuasannya tak dapat digambarkan. Nasib takder pen warna-warni.. hahahaha

Kepada semua blogger yang sudi memberi alamat, Faidz ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Kad raya mungkin sampai selepas puasa kalau hari ini Faidz baru hantar. Nama pon kad raya, jadi mestilah sampai masa raya kan..

Disini Faidz nak bagi 2 rangkap pantun yang popular masa Faidz sekolah dulu.

Pecah Kaca Pecah Gelas
Sudah Baca Harap Balas..

Pecah Kaca Pecah Tong,
Sudah Baca Harap Gantung.

Hahahahaha.. Selamat Hari Raya!

8/10/2012

TAHNIAH Pandalela Rinong Pamg!





TAHNIAH Faidz ucapkan kepada Pandalela Rinong Pamg kerana telah menyempurnakan impian Malaysia menambah pungutan pingat di Olympic London 2012. Lebih manis lagi Pandalela juga merupakan wanita Malaysia pertama memenangi pingat di Olympic selain yang pertama juga menyumbang pingat selain daripada sukan badminton.

Terima kasih Pandalela kerana menceriakan hari Jumaat rakyat Malaysia. Diharap Pandalela akan diangkat sebagai wira Malaysia seperti mana Datuk Lee Chong Wei. Faidz sangat berbangga dengan Pandalela. TERIMA KASIH PANDALELA!!