Semua rakan-rakan dijemput untuk menghadiri rumah terbuka Kelab Bola Jaring Legend yang akan diadakan pada 31 Ogos 2013. Jumpa anda semua disana.
Showing posts with label hari raya puasa. Show all posts
Showing posts with label hari raya puasa. Show all posts
8/28/2013
9/06/2012
Rumah Terbuka Legend Netball Club 2012
Rumah terbuka?! penat wooo.. Seperti tahun-tahun yang lalu, Faidz laa chef nya kalo segala aktiviti yang melibatkan masak memasak. Tapi tahun ni Faidz hanya akan sediakan rendang ayam sahaja memandangkan makanan lain semua dah di sub kepada ahli pasukan.
Tempat bagi rumah terbuka tahun ini pula diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Segambut/Kepong di Jalan Dato Onn Kuala Lumpur. Kat sini laa kita orang training bola jaring setiap minggu dan buat pertama kalinya kami menganjurkan rumah terbuka disini. Faidz rasa tempat ini sangat sesuai memandangkan ia berada di tengah ibu kota dan juga memudahkan rakan-rakan kami yang tinggal di sekitar KL dan Selangor datang memeriahkan rumah terbuka tahun ni.
Kepada semua pembaca blog Faidz ni, kalau korunk free dan ingin mengenali kami dengan lebih dekat bolehlah datang ke rumah terbuka Legend Netball Club bagi memeriahkan suasana dan kita boleh saling kenal mengenali sesama insan.
9/03/2012
Rumah Terbuka Sana Sini
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi limpah dan rahmat kepada kawan-kawan Faidz sehingga Faidz menerima banyak jemputan rumah terbuka pada hari raya tahun ini. Memang tak tersinggah semua jemputan rumah terbuka ini tetapi Faidz nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjemput dan berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat hadir.
Berbagai juadah dapat dilihat tetapi kebanyakkan rumah yang Faidz singgah semua menggunakan khidmat katering. Jadi, tak dapat laa merasa air tangan kawan-kawan yang kebanyakkan nya dah berjaya dan berada. hehehe
Apa-apa pun, Faidz sangat gembira dengan jemputan rumah terbuka untuk minggu kedua hari raya. Ada banyak lagi jemputan rumah terbuka yang akan datang. Tak sabar rasanya nak bertemu kawan-kawan dan juadah yang disediakan.
8/25/2012
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Faidz rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam yang merayakannya tidak kira di Malaysia maupun di seantero dunia. Diharap korunk meraikannya bersama keluarga tercinta dengan hati yang gembira dan penuh keceriaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)







