Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts
8/15/2012
Perlawanan Persahabatan Bersama Pasukan Malaysia
Malam semalam Faidz dan pasukan Legend Netball Club telah dipanggil untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan bola jaring Malaysia di ISN Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pasukan Bola Jaring Malaysia akan berangkat ke Sri Lanka pada hari raya kedua ini untuk mewakili Malaysia pada Pertandingan Bola Jaring Asia.
Tak dapat digambarkan kepenatan setelah sebulan tak mengeluarkan peluh kerana bulan puasa dan untuk melawan stamina pasukan Malaysia bukanlah perkara yang mudah. Faidz yang pada suku masa pertama tercungap dek kerana lama tak berpeluh dapat mengembalikan stamina pada suku masa kedua hingga keenam.
Bermain 6 pusingan dan setiap pusingan diperuntukan 15 minit. Legend Netball Club hanya menghantar 9 orang pemain manakala pasukan Malaysia 15 orang pemain. Umpama 2 melawan 1 pada malam tadi. Setelah habis 6 pusingan, kami seri dengan pasukan Malaysia 42-42. Daripada 3 perlawanan dengan mereka, 2 daripada perlawanan tersebut telah dimenangi oleh kami manakala 1 seri.
Diharap pasukan Malaysia dapat melakukan yang terbaik pada pertandingan tersebut dan dapat menumpaskan musuh tradisi Singapura dan juga tuan rumah Sri Lanka. Malaysia Boleh!
8/10/2012
TAHNIAH Pandalela Rinong Pamg!
TAHNIAH Faidz ucapkan kepada Pandalela Rinong Pamg kerana telah menyempurnakan impian Malaysia menambah pungutan pingat di Olympic London 2012. Lebih manis lagi Pandalela juga merupakan wanita Malaysia pertama memenangi pingat di Olympic selain yang pertama juga menyumbang pingat selain daripada sukan badminton.
Terima kasih Pandalela kerana menceriakan hari Jumaat rakyat Malaysia. Diharap Pandalela akan diangkat sebagai wira Malaysia seperti mana Datuk Lee Chong Wei. Faidz sangat berbangga dengan Pandalela. TERIMA KASIH PANDALELA!!
Periksa Bonus Di E-Penyata Gaji
Alhamdulillah syukur kerana DS Najib dah umumkan hari itu pasal bonus raya kepada kakitangan awam dan semalam dah masuk pon bonus tu kedalam akaun bank Faidz. Walaupon tak banyak tetapi cukup laa buat tambahan untuk belanja hari raya nanti. Ayah dah call tanya baju raya adik.. hehehehe
Kepada sesapa yang belum check tu, boleh laa tengok slip gaji korunk kat laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau klik sini. Sebenarnya semua penyata gaji kakitangan awam telah ditukar kepada E-Penyata yang boleh dilihat di lamat web tersebut. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan kertas tetapi memudahkan kami juga.
Semoga hari raya ini lebih meriah kepada Faidz sekeluarga dan pembaca blog Faidz juga. Selamat membeli belah.. huhu
8/07/2012
Free Ice-Cream Baskin Robbins!
Confirm!! ice cream percuma untuk rakyat Malaysia sempena meraikan atlet Olympic Malaysia yang bertanding di London 2012. Jika sebelum ini terdapat ura-ura ice cream percuma daripada Baskin Robbins di tarik balik memandangkan Dato' Lee Chong Wei tewas di Olympic tetapi dengan kenyataan rasmi daripada pihak Baskin Robbins ini telah mengembalikan kegilaan ice-cream percuma kepada peminat ice cream di Malaysia. Faidz teruja juga tetapi kalau diikutkan mesti ramai yang beratur untuk merasa ice-cream mahal ni kan.
Walaupon satu scoop tetapi Faidz rasa itu sudah cukup untuk menunjukkan keperihatinan Baskin Robbins terhadap dunia sukan di Malaysia. Ia juga memberikan satu nikmat kepada rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan membeli ice cream ini untuk merasa walaupon 1 scoop. Berikut Faidz lampirkan senarai kedai Baskin Robbins di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bangsar
No 55, Grd Floor,
Jalan Telawi 3
Off Jalan Maarof
Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur.
Mid Valley Megamall
(F-K02) First Floor
Mid Valley Megamall, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Leisure Mall Lot L2-34, Cheras Leisure Mall,
Jalan Manis Dua,
Taman Segar, Cheras
56100 Kuala Lumpur.
Taman Maluri
Lot G13B, Ground Floor,
Jusco Taman Maluri Shopping Centre,
Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras,
55100 Kuala Lumpur
Café Baskin Robbins Pavilion
Lot 6.03 & 6.04, Level 6,
Pavilion KL Shopping Mall,
50250 Kuala Lumpur
Café Baskin Robbins The Gardens
Lot No. S 226C,
Second Floor,
The Gardens, Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Festival City Mall
Lot GK-7, Ground Floor,
KL Festival City, No. 67,
Jalan Taman Ibu Kota,
Taman Danau Kota, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
Mon`t Kiara LG Shop
1C, Lower Ground,
Shoplex Mon`st Kiara,
No.2, Jalan Kiara,
50480 Kuala Lumpur
Berjaya Times Square
Lot K-01-02, First Floor,
Berjaya Times Square,
No.1 Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur.
AU2 Ampang Lot G46,
Aeon AU2 Shopping Centre,
No. 6, Jalan Taman Setiawangsa
(Jalan 37/56), AU2, Bandar Baru Ampang,
Mukim Ulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur
AEON Alpha Angle
Lot No. F37, First Floor,
Alpha Angle Shopping Centre,
Jalan R1, Seksyen 1,
Bandar Baru Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Alamanda
K19 Ground Floor,
Alamanda Putrajaya Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Precint 1,
62000 Putrajaya
*kepada semua yang beratur esok... GOOD LUCK!
Subscribe to:
Posts (Atom)




