photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/15/2012

Perlawanan Persahabatan Bersama Pasukan Malaysia


Malam semalam Faidz dan pasukan Legend Netball Club telah dipanggil untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan bola jaring Malaysia di ISN Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pasukan Bola Jaring Malaysia akan berangkat ke Sri Lanka pada hari raya kedua ini untuk mewakili Malaysia pada Pertandingan Bola Jaring Asia.

Tak dapat digambarkan kepenatan setelah sebulan tak mengeluarkan peluh kerana bulan puasa dan untuk melawan  stamina pasukan Malaysia bukanlah perkara yang mudah. Faidz yang pada suku masa pertama tercungap dek kerana lama tak berpeluh dapat mengembalikan stamina pada suku masa kedua hingga keenam.

Bermain 6 pusingan dan setiap pusingan diperuntukan 15 minit. Legend Netball Club hanya menghantar 9 orang pemain manakala pasukan Malaysia 15 orang pemain. Umpama 2 melawan 1 pada malam tadi. Setelah habis 6 pusingan, kami seri dengan pasukan Malaysia 42-42. Daripada 3 perlawanan dengan mereka, 2 daripada perlawanan tersebut telah dimenangi oleh kami manakala 1 seri.

Diharap pasukan Malaysia dapat melakukan yang terbaik pada pertandingan tersebut dan dapat menumpaskan musuh tradisi Singapura dan juga tuan rumah Sri Lanka. Malaysia Boleh!

5 comments:

~~oOpEt~~ said...

waaa.. perlawanan persahabatan dlm bulan posa? mantap2 :D hehe

Faidz Othman said...

after berbuka.. :)

tirahzairi said...

hilang stress..hihi

mamapp said...

wow, best nyer faidz.. anyway, thanks yer kad raya mama dh dapat

Aida Omar said...

boleh tahan kumpulan faidz eh? walaupun dah mcm 2 lawan 1 tapi dapat seri gitu.. :)

hope malaysia menang.. :P