photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/03/2012

5 Perkara Yang Paling Dibenci Ketika Blogwalking



Sepanjang Faidz melakukan blogwalking, ada 5 perkara yang paling Faidz benci bila melawat blog-blog yang selalunya berat, syok sendiri dan mengambil masa untuk loading. Kebanyakkan blogger baru tidak mengambil penting perkara-perkara ini. Berikut adalah 5 perkara yang diantaranya membuatkan Faidz benci nak blogwalking :

Flash Yang Melampau

Kebanyakkan blog mempunya flash tetapi terdapat juga blog-blog mempunyai flash yang melampau. Sebagai contoh ada blog yang meletak flash bunga-bunga gugur laa, ada bintang-bintang berkelip dan binatang terbang. Flash ni bukan sahaja membuatkan blog lambat loading tetapi kekadang boleh not responding terus.

Chatbox Tersorok.

Perlu ke blogger meletakkan chatbox di tempat yang susah untuk dicari? Ini bukan sahaja membosankan blogger lain untuk mencari tetapi juga membuatkan kami taknak datang lagi. Damn!

Terlampau Banyak Sidebar Gadget

Ya Allah, banyaknya gadget dekat sidebar korunk! Mungkin ada yang bermaksud ingin menunjukkan yang blog korunk up to date tetapi Faidz rasa tak perlu laa meletak gadget yang bukan-bukan sekiranya korunk ingin blogger lain datang kembali ke blog korunk. Ia bukan sahaja membertakan blog tetapi menyakitkan mata sekiranya tak berfungsi. For me, less is more.. Gitcheww

Popup Window

Benda ni dah banyak kali membuatkan Faidz bengang. Ia bukan sahaja mengganggu keseronokkan blogwalking tetapi juga mengganggu mental. Mana taknya, kenkadang iklan popup ni juga mengganggu firewall komputer dan boleh membuatkan komputer hang seketika.

Warna Background Yang Terang

Terdapat juga blog-blog yang mempunyai warna background yang terang ya amat sehingga menenggelamkan perkataan yang ingin disampaikan. Ia bukan sahaja menyakitkan mata tetapi menyakitkan hati.. hehehehehe


Faidz berharap 5 parkara ini tidak menyinggung mana-mana blogger kerana ini hanyalah pendapat kecil daripada blogger cilik seperti Faidz. Ia hanya pendapat peribadi tidak mewakili mana-mana blog. Teguran ini diharap membawa sedikit perubahan pada bloggger lain. Blog Faidz pon tak laa sehebat mana pon sebenarnya. Daaa!

9 comments:

jia kreatifelt said...

jom ke blog sy..komen sikit..hihihih

Aida Omar said...

blog aida ok tak? hik3.. harap faidz datang selalu :P tapi memang betul pun kan, kita blogwalking macam2 jenis blog kita jumpa. hehe..

atie aizam said...

nak tanye gak.. blog akak ok tak? :)

Faidz Othman said...

JIa: Blog Jia okay dan berinfomasi tetapi faidz x tertarik nak baca kerana tiada tarikan pada post. ia nampak selari atau sama seperti tulisan di sidebar. cuba highlight atau bold pada isi utama post supaya ada tarikan untuk membaca. biar simple dan mudah untuk dibaca.

Aida: Blog aida ok cuma berat sedikit untuk pengguna broadband. mungkin flash dan background yang berat tp masih menarik untuk dibaca.

Atie: Blog kak atie ringan dan berinfomasi. cuma beberapa gadget lambat nak loading tp still okay.. senang nak cari info.

*ini hanya pendapat faidz yer. xde niat nak kondem or meninggi diri. hanya dari perspektif seorang blogwalking

Intan Norhaida said...

salam ukhwah....
menarik post ni...leh tgk blog sy...cer komen skit... bru je dlm arena blogging ni....bln jun 2012.... seriously, komen je... no hard feeling k.... :) promised

Faidz Othman said...

wsalam,
hehehehe... blog Intan menarik walaupon background nampak berat tetapi loading smooth dan ringan. Mungkin kerana tak banyak gadget dan iklan. Cuma title setiap pos tu kalo di besarkan sikit dan highlight/bold mungkin akan dapat menarik lagi pembaca. terima kasih ya

Cendol said...

haha ganaihhh nye entry :p
haha risoonye kamu berkunjung ke belog cendol yg terok tu.huhu btw,thanks sudi singgah.cendol follow sini balik.nak komplain ape,tegur ape just say it.cendol oke saje.tak marah punyeee heee

Effendi Dmth said...

assalamualaikum faidz othman...terima kasih dah blokwalking ke rumah saya...

Pecinta pink^^ said...

ahakz..betul tu..tak terkata dah ni..hehe