photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif
Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

8/03/2012

5 Perkara Yang Paling Dibenci Ketika Blogwalking



Sepanjang Faidz melakukan blogwalking, ada 5 perkara yang paling Faidz benci bila melawat blog-blog yang selalunya berat, syok sendiri dan mengambil masa untuk loading. Kebanyakkan blogger baru tidak mengambil penting perkara-perkara ini. Berikut adalah 5 perkara yang diantaranya membuatkan Faidz benci nak blogwalking :

Flash Yang Melampau

Kebanyakkan blog mempunya flash tetapi terdapat juga blog-blog mempunyai flash yang melampau. Sebagai contoh ada blog yang meletak flash bunga-bunga gugur laa, ada bintang-bintang berkelip dan binatang terbang. Flash ni bukan sahaja membuatkan blog lambat loading tetapi kekadang boleh not responding terus.

Chatbox Tersorok.

Perlu ke blogger meletakkan chatbox di tempat yang susah untuk dicari? Ini bukan sahaja membosankan blogger lain untuk mencari tetapi juga membuatkan kami taknak datang lagi. Damn!

Terlampau Banyak Sidebar Gadget

Ya Allah, banyaknya gadget dekat sidebar korunk! Mungkin ada yang bermaksud ingin menunjukkan yang blog korunk up to date tetapi Faidz rasa tak perlu laa meletak gadget yang bukan-bukan sekiranya korunk ingin blogger lain datang kembali ke blog korunk. Ia bukan sahaja membertakan blog tetapi menyakitkan mata sekiranya tak berfungsi. For me, less is more.. Gitcheww

Popup Window

Benda ni dah banyak kali membuatkan Faidz bengang. Ia bukan sahaja mengganggu keseronokkan blogwalking tetapi juga mengganggu mental. Mana taknya, kenkadang iklan popup ni juga mengganggu firewall komputer dan boleh membuatkan komputer hang seketika.

Warna Background Yang Terang

Terdapat juga blog-blog yang mempunyai warna background yang terang ya amat sehingga menenggelamkan perkataan yang ingin disampaikan. Ia bukan sahaja menyakitkan mata tetapi menyakitkan hati.. hehehehehe


Faidz berharap 5 parkara ini tidak menyinggung mana-mana blogger kerana ini hanyalah pendapat kecil daripada blogger cilik seperti Faidz. Ia hanya pendapat peribadi tidak mewakili mana-mana blog. Teguran ini diharap membawa sedikit perubahan pada bloggger lain. Blog Faidz pon tak laa sehebat mana pon sebenarnya. Daaa!