photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/06/2012

Onde-Onde Bob Marley (Buah Melaka)


Hari Sabtu aritu Faidz yang pening memikirkan nak bawa apa untuk majlis berbuka Extravaganza kedua di rumah Niera tergerak nak buat onde-onde Bob Marley. Kelakar kan tetapi nama Bob Marley tu bukannya kalau orang makan kuih ni akan high tetapi warna dia ala-ala Bob Marley gitcheww.. hahahaha

Ramai juga yang komen positif atas pemilihan warna yang agak terang tetapi sayang gula tak berapa manis kerana Faidz pakai gula kabung berbanding gula melaka yang sepatutnya. Malas nak pusing-pusing cari sebab berpuasa kan. So konsep pakai apa yang ada.

Kat sini Faidz nak kongsi resepi onde-onde Bob Marley ngan korunk semua. Nak salin, tak nak sudah.. hehehe

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
Gula melaka
Kelapa parut muda
Pewarna makanan
Air

Cara penyediaan
1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas dan masukkan pewarna mengikut taste masing-masing.
2. Campurkan dengan air (lebih afdal sekiranya menggunakan air pandan) dan uli sehingga tepung tak lekat di tangan.
3. Kelapa dicampur dengan garam dan ketepikan
4. Sediakan air secukupnya di dalam periuk untuk merebus. Ambil secubit tepung sebesar ibu jari (untuk mengelakkan ada yg besar kecik) dan masukkan gula melaka kedalam tepung dan masukkan kedalam air periuk tadi.
5. Setelah onde-onde itu timbul, angkat dan tos sebentar sebelum campur bersama kelapa parut tadi.

Selamat mencuba... gitweww
 

16 comments:

lelamaisara said...

warna nye terang menderang gitu....

eidah mazidah said...

waa3..colorful 2, salu ida buat color ijau je..hehe

Afiqah said...

wahhh. :D onde2 melaka. :D

Faidz Othman said...

warna menaikkan nafsu makan time bulan puasa ni... hehehe

OKje said...

Pehhh..... mantop bro....he..he... tak sangkalah awak boleh masak kuih.... minat masak eh??? Bagus le gitew.... cantik onde-onde tu... Apapun...kunjung balas dan klik sini!

Faidz Othman said...

bole laa stakat nak masak utk kawan2... :)

terima kasih ya.. esok sy klik lg..

Nurfara Hani said...

sedap nye kuih ni..lame dah tak makan..

Faidz Othman said...

kalo nak leh datang open house nnt.. hehehe

Athirah said...

waa.. kaler2, slama ni dk mkn yg hjau tu je..haha
rajin2

Faidz Othman said...

terlebih rajin.. hehehe

Nadia Elena said...

perghh warna memang tak nak kalah.. striking sangat.. =P

Pwincess said...

Cantiklah, tambah2 selera nak makan =D

Faidz Othman said...

warna memainkan peranan dalam soal selera.. mmg laku onde2 ni.. hehehe

Unknown said...

rajin memasak.... salute tul lelaki rajin masak ni....
hubby sy rajin makan..hehhe

Nor Zilla Sensei said...

asal onde onde warna lagu 2..ngeri plak tgk.haha.

Faidz Othman said...

sy mmg rajin tp ikut mood.. heehe

zilla: try dulu dik.. belum coba belum tau! hehehehe