photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/08/2012

CD Kompilasi KFC Sogood Raya


Hari ini Faidz teringin sangat nak berbuka ayam KFC Green Curry yang baru dilancarkan sempena bulan Ramadan ini. Dalam menunggu giliran untuk membeli, terpandang CD Kompilasi Lagu-Lagu Raya Terbaik Sogood RAYA KFC di sisi kaunter. Setelah membelek kemas, terbeli  plak kerana terdapat 10 lagu raya dimana 3 lagu baru diselitkan di dalam kompilasi ini. Yang penting ORI! hehehehe


Terdapat 3 lagu raya terbaru daripada Adibah Noor - Ramadhan Dan Syawal, Awie - Tak Pisah Kenangan dan juga Hafiz Suip (AF) - Hadirkan Ku Di Ingatan. Dengan harga RM12.90, Faidz rasa berbaloi membeli kerana terdapat juga lagu-lagu nostalgia raya kegemaran Faidz iaitu lagu Suasana Hari Raya - Syarifah Aini, Satu Hari Di Hari Raya - M Nasir dan Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza.

Harap-harap mood raya dah boleh datang kerana sampai sekarang masih lagi blur dan takder mood nak beraya. Kuih Raya tak siap-siap lagi ni! Ahoyyyy!

2 comments:

Pecinta pink^^ said...

thun ni mood beraya agaknye memang kurang je kot,,tpi layan lagu raya best..hehe

Faidz Othman said...

layan je laa kan.. hhehehe