photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/01/2012

Bercuti Di Cherating Pahang


First time bercuti di Cherating, Pahang bersama Zareef dan Sab merupakan pengalaman yang baru kerana Faidz tak pernah bercuti di sana selama ini. Yer laa, nak bercuti ni susah nak rancang tau-tau dah pergi jer. kena pulak bercuti dari hari Rabu sampai Jumaat, memang takder orang laa. Memang privacy gile. Stay kat Holiday Villa Resort and Spa memang terbaik! Dengan harga dan service yang bagus, memang puas hati.


Dah laa pantai takder orang, kolam renang lagi laa.. dah macam ana yang punya! hehehehe. Yang paling best di Cherating ni adalah mandi manda kerana pantainya landai. Memang terbaik!

Pengalaman paling tak best semasa di Cherating adalah makan lunch sebab 2 hari 'dititik' betul-betul oleh peniaga kat sana. Faidz paling hot bila makan nasi campur untuk 2 orang RM32 di Kemaman. Dah laa kedai tepi jalan. Better makan kat restoran daripada makan di warung tepi jalan. SERIUS dow!

Malam pertama kami makan seafood di Warung Awang Ikan Bakar di Cherating. Ketam bercili kat situ sangat sedap dan harga juga berpatutan. Menu kami malam tu Ketam Bercili 2 ekor, Ikan stim dan udang tepung bersama air buah dan teh o ais RM59 shj. Malam kedua pulak kami berjalan ke Tanjung Lumpur Kuantan untuk makan ikan bakar. Disini memang terbaik dan murah. Puas hati yang teramat sangat!!

Percutian kali ini memang best. Rasanya kalo plan ke sini lagi, Faidz akan 100% setuju.. hehehehe

3 comments:

laureweng said...

suke g cherating.. sebb dpt makan satar kt sana..
done follow u
http://lolitafinola.blogspot.com

Faidz Othman said...

saya suka makan seafood..

Sharinginfoz said...

macam menarik aja pi sini