photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/02/2012

IFTAR @ De Ja Vu Dataran Jelatek Hampeh


Hari ini Faidz dan kawan-kawan bola jaring Legend Netball Club berbuka di restoran De Ja Vu Dataran Jelatek Setiawangsa selepas melihat flyers yang tersebar di laman sesawang. Melihatkan pada flyers tersebut dapat disimpulkan bahawa harga dan servis nampak macam 5 star tetapi..... HAMPEH!

Bukan nak menjatuhkan tetapi itulah kenyataan. Nama pon buffet, jadi makanan mestilah dapat di makan berulang kali tetapi berlaku sebaliknya. Makanan bukan sahaja limited tetapi indah kabar dari rupa. Selepas abis sesi pertama makan, Faidz pon beria pergi balik kerana nak tambah tetapi hampa kerana makanan dah abis dan hanya tinggal sisa je. Ramai lagi pelanggan yang merungut kerana tak sempat nak tambah dan air yang disediakan hanya sirap dah teh panas.. wow! *mata pandang atas tangan kat bahu

Jadi pada sesiapa yang teringin makan lebih dalam erti kata lain buffet, tak payah laa datang ke sini. Bukan sahaja meja dan kerusi yang tidak selesa tetapi makanan juga hampeh.

2 comments:

AJIB said...

adoi gagal lh camtu...mesti publish dlm facebook biar mereka rasa xda pelanggan nk dtng dh...

Faidz Othman said...

owner arab mana tah.. majoriti melayu yg datang situ. semua kecewa..