photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/02/2012

Sesi Coaching Kanak-Kanak Pelarian UNHCR


Tahun ni merupakan tahun kedua sesi melatih kanak-kanak pelarian dibawah UNHCR bermain bola jaring. Kalau tahun lepas hanya 3 sesi tetapi tahun  ni ditambah kepada 10 sesi. Yang paling mencabar adalah 4 sesi dijalankan pada bulan puasa iaitu setiap hari Sabtu hinggakan sehari sebelum hari raya pon masih ada sesi pembelajaran. *nangis


4 kategori diperkenalkan tahun ini iaitu U10, U12, U14 dan U16 melibatkan 14 sekolah pelarian di sekitar Lembag Klang. Faidz agak bersyukur juga sebenarnya kerana dapat melibatkan diri dengan projek ini dan berharap dapat disambung hingga ke tahun-tahun yang mendatang.


Banyak kenangan bersama kanak-kanak tersebut kerana 90% daripada mereka tak memahami bahasa melayu dan bahasa inggeris. Hanya 'body language' digunakan dalam sesi pembelajaran dan Faidz dah rasa macam ayam dan itik. hehehehe..

Selepas ini, Faidz dah plan nak buat klinik netball untuk kanak-kanak sekolah sekitar Kuala Lumpur pula memandangkan perasaan seronok dan puas mengajar kanak-kanak bermain bola jaring. Semoga projek tersebut dapat dilaksanakan pada cuti sekolah yang akan datang ni. :)

No comments: