Showing posts with label metro. Show all posts
Showing posts with label metro. Show all posts
8/05/2012
Kami Naib Juara Grandfinal Harian Metro 2012
Alhamdulillah kami (Legend Netball Club) naib juara Karnival Bola Jaring Harian Metro yang diadakan di Melaka. Hasrat untuk beraksi di final berjaya tetapi rezeki tidak menyebelahi untuk bergelar juara. Mungkin rezeki kami tidak untuk merangkul title juara pertama karnival bola jaring ini.
Tapi apa yang menyedihkan Faidz adalah mutu pengadilan yang lemah dan TERUK. Keadaan gelanggang yang tidak mengikuti piawaian walaupon Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) merupakan penganjur bersama kejohanan. Sedih dengan keadaan ini tetapi tetap bersyukur kerana Harian Metro berjaya menganjurkan bola jaring lelaki untuk tahun ini.
Walauapapon yang berlaku pada saingan grandfinal tersebut, pasukan kami tetap berbangga dengan pencapaian yakni mengekalkan layak ke final untuk semua pertandingan yang kami sertai untuk tahun 2012 ini. Faidz yakin kami akan dapat mengekalkan momentum tersebut untuk tahun ini.
Kejayaan ini juga membuatkan Legend Netball Club makin dikenali dalam sukan bola jaring di Malaysia. Diharap ia tidak membuatkan kami lupa asal usul kami didalam dunia bola jaring.
8/01/2012
Kami Juara di Zon Selatan
YES! Kami (Legend Netball Club) juara zon selatan untuk Karnival Bola Jaring Harian Metro kategori lelaki yang diadakan di Johor Baharu. Faidz sungguh bersyukur kerana dapat menepati sasaran untuk ke final dan sekali gus berjaya menjuarai acara tersebut. Yang paling manis, dapat masuk surat khabar Harian Metro.. hehehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)



