Showing posts with label jaring. Show all posts
Showing posts with label jaring. Show all posts
8/05/2012
Kami Naib Juara Grandfinal Harian Metro 2012
Alhamdulillah kami (Legend Netball Club) naib juara Karnival Bola Jaring Harian Metro yang diadakan di Melaka. Hasrat untuk beraksi di final berjaya tetapi rezeki tidak menyebelahi untuk bergelar juara. Mungkin rezeki kami tidak untuk merangkul title juara pertama karnival bola jaring ini.
Tapi apa yang menyedihkan Faidz adalah mutu pengadilan yang lemah dan TERUK. Keadaan gelanggang yang tidak mengikuti piawaian walaupon Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) merupakan penganjur bersama kejohanan. Sedih dengan keadaan ini tetapi tetap bersyukur kerana Harian Metro berjaya menganjurkan bola jaring lelaki untuk tahun ini.
Walauapapon yang berlaku pada saingan grandfinal tersebut, pasukan kami tetap berbangga dengan pencapaian yakni mengekalkan layak ke final untuk semua pertandingan yang kami sertai untuk tahun 2012 ini. Faidz yakin kami akan dapat mengekalkan momentum tersebut untuk tahun ini.
Kejayaan ini juga membuatkan Legend Netball Club makin dikenali dalam sukan bola jaring di Malaysia. Diharap ia tidak membuatkan kami lupa asal usul kami didalam dunia bola jaring.
8/02/2012
Sesi Coaching Kanak-Kanak Pelarian UNHCR
Tahun ni merupakan tahun kedua sesi melatih kanak-kanak pelarian dibawah UNHCR bermain bola jaring. Kalau tahun lepas hanya 3 sesi tetapi tahun ni ditambah kepada 10 sesi. Yang paling mencabar adalah 4 sesi dijalankan pada bulan puasa iaitu setiap hari Sabtu hinggakan sehari sebelum hari raya pon masih ada sesi pembelajaran. *nangis
4 kategori diperkenalkan tahun ini iaitu U10, U12, U14 dan U16 melibatkan 14 sekolah pelarian di sekitar Lembag Klang. Faidz agak bersyukur juga sebenarnya kerana dapat melibatkan diri dengan projek ini dan berharap dapat disambung hingga ke tahun-tahun yang mendatang.
Banyak kenangan bersama kanak-kanak tersebut kerana 90% daripada mereka tak memahami bahasa melayu dan bahasa inggeris. Hanya 'body language' digunakan dalam sesi pembelajaran dan Faidz dah rasa macam ayam dan itik. hehehehe..
Selepas ini, Faidz dah plan nak buat klinik netball untuk kanak-kanak sekolah sekitar Kuala Lumpur pula memandangkan perasaan seronok dan puas mengajar kanak-kanak bermain bola jaring. Semoga projek tersebut dapat dilaksanakan pada cuti sekolah yang akan datang ni. :)
8/01/2012
Kami Juara di Zon Selatan
YES! Kami (Legend Netball Club) juara zon selatan untuk Karnival Bola Jaring Harian Metro kategori lelaki yang diadakan di Johor Baharu. Faidz sungguh bersyukur kerana dapat menepati sasaran untuk ke final dan sekali gus berjaya menjuarai acara tersebut. Yang paling manis, dapat masuk surat khabar Harian Metro.. hehehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)






