photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

7/31/2012

Dijemput Menjadi Tetamu di Scoreboard TV3


Malu pon ada, bangga pon ada perasaan dalam diri ini selepas bersetuju dengan tawaran untuk muncul di Scoreboard TV3 sebagai tetamu aku rasa berderau darah ini. Malu sebab tak pernah muncul di TV secara live dan juga membincangkan tentang isu BOLA JARING LELAKI. Kalau di luar pon Faidz rasa kenkadang malu nak mengaku main bola jaring inikan pula nak mengaku di depan TV! lol... Selepas semua pergambaran VT selesai pada hari Jumaat, Faidz dan rakan-rakan bersedia untuk temubual secara live di Studio 2 Bandar Utama. Faidz dan Sab confirm kena jadi jurucakap Legend Netball Club manakala Wan dan Adam menjadi peneman (terima kasih ya!). Berdebar tu jangan cakap laa... siap pi IKEA makan meatball dulu sementara menunggu sesi rakaman pada pukul 12.30 tgh malam! Apa-apa pon, ia merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Selain daripada sesi pengenalan kepada bola jaring lelaki, ia juga memberi publisiti kepada Legend Netball Club sebagai salah satu kelab bola jaring yang dikenali di Malaysia. Amin...

7 comments:

Pecinta pink^^ said...

wah bila tu?nk tgok tv..ahakss

gnesop said...

Tahniah bro..
mmg hebat!

Afiq Din said...

ade rezki men olimpik plak nti

Unknown said...

yeah, pasni nak main bola jaring lak ar... leh masuk tv... yieehaaa...

Faidz Othman said...

kalo ada yg berminat nak try main, contact la faidz erk..

N A S said...

Tahniah !!

SemanisRedVelvet said...

wow..untong la...ekekeke