photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif
Showing posts with label bola jaring lelaki. Show all posts
Showing posts with label bola jaring lelaki. Show all posts

2/19/2014

Muncul Di Rancangan Scoreboard TV3

Buat kali kedua Faidz muncul dalam rancangan Scoreboard TV3 yang lalu untuk mempromosi Liga Bola Jaring Lelaki. Macam biasa, tetap gagap kerana rancangan ini disiarkan secara langsung dan mungkin juga kerana terlalu penat kerana baru menghabiskan perlawanan liga 3 jam sebelum rancangan.

Apa-apa pon, pengalaman ini memang tak dapat Faidz lupakan. Ia juga memberi impak bila ramai juga di antara kawan Faidz menonton rancangan ini.

3/26/2013

Bola Jaring Lelaki Liga PKS-UM 2012 : Legend NC vs Cobra (Quarter 1)

Berikut adalah salah satu video mengenai perlawanan bola jaring lelaki (men's netball) yang diadakan di Universiti Malaya (UM) pada tahun 2012. Faidz bermain posisi wing attack (WA) mewakili pasukan Legend NC.

Bola Jaring Lelaki (men's netball)
separuh masa ke-empat (1st quarter)

Legend NC vs Cobra

Bola Jaring Lelaki Liga PKS-UM 2012 : Legend NC vs Cobra (Quarter 2)

Bola Jaring Lelaki (men's netball)
separuh masa ke-empat (2nd quarter)

Legend NC vs Cobra

7/31/2012

Dijemput Menjadi Tetamu di Scoreboard TV3


Malu pon ada, bangga pon ada perasaan dalam diri ini selepas bersetuju dengan tawaran untuk muncul di Scoreboard TV3 sebagai tetamu aku rasa berderau darah ini. Malu sebab tak pernah muncul di TV secara live dan juga membincangkan tentang isu BOLA JARING LELAKI. Kalau di luar pon Faidz rasa kenkadang malu nak mengaku main bola jaring inikan pula nak mengaku di depan TV! lol... Selepas semua pergambaran VT selesai pada hari Jumaat, Faidz dan rakan-rakan bersedia untuk temubual secara live di Studio 2 Bandar Utama. Faidz dan Sab confirm kena jadi jurucakap Legend Netball Club manakala Wan dan Adam menjadi peneman (terima kasih ya!). Berdebar tu jangan cakap laa... siap pi IKEA makan meatball dulu sementara menunggu sesi rakaman pada pukul 12.30 tgh malam! Apa-apa pon, ia merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Selain daripada sesi pengenalan kepada bola jaring lelaki, ia juga memberi publisiti kepada Legend Netball Club sebagai salah satu kelab bola jaring yang dikenali di Malaysia. Amin...