3/21/2013
Bola Jaring Lelaki
Ramai masih tertanya-tanya "lelaki main bola jaring?!" dan semua akan ketawa bila mendengarnya. YA! itulah respond pertama yang Faidz terima bila bercakap pasal BOLA JARING LELAKI.
Sedih kan tapi itulah hakikatnya. Sedih bukan sebab Faidz menerima reaksi begitu tetapi sedih dengan sikap segelintir masyarakat yang masih dangkal mengenai sukan untuk semua tanpa mengira jantina. Walaupun begitu, Faidz masih gembira kerana ada juga kelompok masyarakat yang menerima lelaki bermain bola jaring dan semestinya kelompok tersebut adalah dari generasi Y dan Z yang lebih berfikiran terbuka.
Penerimaan generasi Y dan Z ini dapat dilihat pada penyertaan pasukan-pasukan bola jaring lelaki di pertandingan yang diadakan kebelakangan ini. Penyertaan pasukan lelaki lebih banyak berbanding pasukan wanita di beberapa kejohanan terbuka seperti Terbuka MBPJ, Terbuka KSN dan juga Terbuka UniMap.
Untuk keterangan lanjut, korunk boleh lah lawat blog www.legendnetball.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bola jaring lelaki. Jangan malu sekiranya korunk juga berminat pada sukan bola jaring kerana sukan adalah untuk semua. Peace!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lama dah tak aktif main bola jaring... sukan yang paling sopan santun dan berhemah... hehehe
http://www.zahidahwahid.com/2013/03/q-gentleman-vs-romantic/
bole tgk lelaki main sopan santun ke idak.. hehehe
Post a Comment