9/06/2012
Rumah Terbuka Legend Netball Club 2012
Rumah terbuka?! penat wooo.. Seperti tahun-tahun yang lalu, Faidz laa chef nya kalo segala aktiviti yang melibatkan masak memasak. Tapi tahun ni Faidz hanya akan sediakan rendang ayam sahaja memandangkan makanan lain semua dah di sub kepada ahli pasukan.
Tempat bagi rumah terbuka tahun ini pula diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Segambut/Kepong di Jalan Dato Onn Kuala Lumpur. Kat sini laa kita orang training bola jaring setiap minggu dan buat pertama kalinya kami menganjurkan rumah terbuka disini. Faidz rasa tempat ini sangat sesuai memandangkan ia berada di tengah ibu kota dan juga memudahkan rakan-rakan kami yang tinggal di sekitar KL dan Selangor datang memeriahkan rumah terbuka tahun ni.
Kepada semua pembaca blog Faidz ni, kalau korunk free dan ingin mengenali kami dengan lebih dekat bolehlah datang ke rumah terbuka Legend Netball Club bagi memeriahkan suasana dan kita boleh saling kenal mengenali sesama insan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alamak dah terlepas pula ;D
Post a Comment