Assalamualaikum,
Dah dua kali aku delete blog dalam masa 4 tahun. bukan apa, aku rasa entah apa-apa dan tak sesuai dengan gambaran mengenai diri aku. Memula aku ingat nak buat duit dengan Adsense tetapi semua post aku entah apa dan tak masyuk pon Adsense tu. Oleh kerana dah berpuluh kali nak pikiaq, hari ini dengan rasminya aku delete blog lama dan tukar kepada blog baru yang akan menceritakan tentang kehidupan aku dan apa yang aku suka.
Sebenarnya banyak benda yang aku boleh post mengenai diri dan kehidupan aku selain dari post merepek. Sebagai contoh aku boleh post mengenai bola jaring yang dah menjadi darah daging dan kerja sepenuh masa aku sekarang. Aku juga boleh berkongsi resepi yang aku cuba dan masak dengan kawan2 cyber yang semua beria bertanya bagaimana penyediaan. Banyak plak yang aku boleh kongsi sebenarnya..
Semoga blog aku yang terbaru ini tak kosong dan bersawang... hehehhe
No comments:
Post a Comment