photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

8/25/2014

Penganjur Pertandingan Bola Jaring

Lama tak  pos kat blog ni since bz dengan macam-macam keje. Tapi sejak 2 menjak ni permintaan untuk organise pertandingan bola jaring makin bertambah. Alhamdulillah rezeki katakan. Sejak berjaya menganjurkan pertandingan bola jaring di Hari Belia Putrajaya 2012 yang lalu, ada beberapa permintaan untuk menganjurkan pertandingan bola jaring untuk skala  besar tetapi entah kenapa last minute mesti cancel. Damn!

Kepada penaja-penaja atau penganjur yang berminat untuk menganjurkan pertandingan bola jaring terbuka maupun tertutup atau pertandingan bola jaring 3on3, boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat secara percuma. Insya Allah sy akan bantu..

6/13/2014

Dapatkan Peralatan Bo0la Jaring Di www.faidzofficial.com

Anda mencari barangan sukan bola jaring? saya ada menjual pelbagai peralatan sukan bola jaring yang terkenal seperti Gilbert, Molten, Trident dan FAIDZ. Juga terdapat barangan Raqtive dan juga Rektape Kinsiology. Sila lawati di www.faidzofficial.com







2/19/2014

Muncul Di Rancangan Scoreboard TV3

Buat kali kedua Faidz muncul dalam rancangan Scoreboard TV3 yang lalu untuk mempromosi Liga Bola Jaring Lelaki. Macam biasa, tetap gagap kerana rancangan ini disiarkan secara langsung dan mungkin juga kerana terlalu penat kerana baru menghabiskan perlawanan liga 3 jam sebelum rancangan.

Apa-apa pon, pengalaman ini memang tak dapat Faidz lupakan. Ia juga memberi impak bila ramai juga di antara kawan Faidz menonton rancangan ini.