photo bannerweb_zpsc22c0fea.gif

3/07/2013

Kejuaraan Pertama 2013 Legend NC


Alhamdulillah dan gembira yang teramat sangat Faidz rasa bila dapat mengecapi kemenangan pertama untuk tahun 2013 ini di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Kelab Kilat kategori terbuka lelaki. Kemenangan berganda bersama MSMW2013 ini memberi seribu kegembiraan buat Faidz pada bulan ini. hehehehe


Bukan senang rasanya nak bawa kelab bola jaring yang popular kat Kuala Lumpur ni. Kemenangan pasukan sahaja yang dapat memberi kepuasan kepada Faidz dalam menggerakkan pasukan bola jaring ni. Lagipon, masyarakat kita masih ada yang memandang sinis pada bola jaring lelaki dimana bagi dia orang bola jaring lelaki ni kebanyakkannya #pondan dan #gay sahaja yg minat.

Walau apa pon pandangan mereka, bagi Faidz sukan adalah untuk semua. Pasukan bola jaring wanita kebangsaan pon kami leh titik, so jangan laa buat andaian macam-macam okay. *berlagak tak? hahahahahhaha.. matilah kena carut dek kawan-kawan nanti. Faidz harap masyarakat buka mata dan lebih terbuka dalam sukan bola jaring dan sukan-sukan lain. peace!

1 comment:

blog-tips-kurus said...

tahniah!!

tak dpt bayangkan.. hihi!