9/30/2014
9/18/2014
Peraturan Bola Jaring 3 Lawan 3 Terbaru
Berikut adalah peraturan bola jaring 3
lawan 3 mengikut Undang Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan dicadangkan ke Kementerian Belia dan Sukan untuk pembangunan
sukan baru 2015.
Pelbagai kategori dan peringkat umur sesuai untuk permainan bola jaring 3 lawan 3.
PENDAFTARAN PEMAIN
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 1 orang pemain simpanan.
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 3 orang pemain, 1 orang pemain simpanan.
Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja.
Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa permainan dan 1 orang pemain simpanan berada diluar padang.
Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa permainan dan 1 orang pemain simpanan berada diluar padang.
Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian/jersey yang sama warna atau
bib bola jaring yang sama warna untuk mudah dikenali sebagai satu pasukan tetapi
berlainan atau kontra daripada pasukan lawan.
MASA
BERMAIN
Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 1 minit selepasnya untuk sesi separuh masa kedua. Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit.
Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 1 minit selepasnya untuk sesi separuh masa kedua. Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit.
Selain
dari 10 minit , pihak penganjur juga bole mengubah masa kepada 7 minit bagi
setiap perlawanan tanpa ada separuh masa kedua mengikut keadaan dan budi bicara pihak
penganjur.
PERLAKSANAAN PERMAINAN.
Hantaran Tengah
Hantaran Tengah
- Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir.
- Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk menentukan hantaran tengah pertama.
- Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol.
Bola Keluar
- Bola yang keluar dari garisan tepi (sideline) hendaklah diambil dari tempat bola keluar.
- Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol (backline) tidak boleh di hantar terus ke dalam kawasan gol.
Memainkan bola
- Kedua-dua pemain lawan yang berada di dalam bulatan gol (goal circle) atau kawasan “D” mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja. Sekiranya bola yang diterima / dipintas dari pasukan lawan, hantaran keluar pada pasukan sendiri hendaklah dilakukan sebelum dihantar semula kedalam bulatan gol untuk menjaringkan gol.
- Hanya seorang sahaja dari ahli pasukan lawan dibenarkan berada di dalam bulatan gol atau kawasan “D” pada satu-satu masa samada untuk menjaringkan gol atau sebagai pertahanan.
- Sekiranya terdapat 2 ahli pasukan lawan berada didalam bulatan gol atau kawasan “D” pada satu-satu masa, balingan percuma akan diberikan kepada pasukan satu lagi. Balingan percuma hendaklah dihantar keluar kawasan “D” kepada ahli pasukan sendiri dan menghantar semula untuk jaringan gol.
- Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar bulatan gol kepada pemain pasukanya sebelum sebelum dihantar semula untuk menjaringkan gol.
PERTUKARAN / PENGGANTIAN.
Pertukaran / penggantian pemain boleh dilakukan semasa permainan berjalan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu memberhentikan permainan.
Pertukaran / penggantian pemain boleh dilakukan semasa permainan berjalan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu memberhentikan permainan.
Tiada
had pertukaran / penggantian pemain.
CARA MEMBUAT KEPUTUSAN
Cara memberi mata :
Cara memberi mata :
- Menang : 3 mata
- Seri : 1 mata
- Kalah : 0 mata
Jika dua
( 2 ) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan
seperti berikut:
- Secara PURATA GOL , iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena
- Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol ialtu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.
GELANGGANG DAN PERALATAN.
Bola
Bola
- Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola bersaiz 5 mengikut piawaian Gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).
Tiang Gol
- Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah , 8 kaki bagi pertandingan sekolah rendah bawah 12 tahun, dan 7 kaki bagi pertandingan bawah 10 tahun.
Gelanggang
- Luas kawasan bermain ialah 12.15m x 10.25
cadangan ukuran 'standard' bagi gelanggang 3 lawan 3 bola jaring |
9/16/2014
Kejohanan Bola Jaring LSUS Parlimen Kepong 27 dan 28 Sept 2014
Terbuka kepada semua pemain amatur yang tidak pernah mewakili negara/negeri atau SUKMA. Sila hubungi saya seperti nama yang tertera diatas. terima kasih
8/25/2014
Penganjur Pertandingan Bola Jaring
Lama tak pos kat blog ni since bz dengan macam-macam keje. Tapi sejak 2 menjak ni permintaan untuk organise pertandingan bola jaring makin bertambah. Alhamdulillah rezeki katakan. Sejak berjaya menganjurkan pertandingan bola jaring di Hari Belia Putrajaya 2012 yang lalu, ada beberapa permintaan untuk menganjurkan pertandingan bola jaring untuk skala besar tetapi entah kenapa last minute mesti cancel. Damn!
Kepada penaja-penaja atau penganjur yang berminat untuk menganjurkan pertandingan bola jaring terbuka maupun tertutup atau pertandingan bola jaring 3on3, boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat secara percuma. Insya Allah sy akan bantu..
Kepada penaja-penaja atau penganjur yang berminat untuk menganjurkan pertandingan bola jaring terbuka maupun tertutup atau pertandingan bola jaring 3on3, boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat secara percuma. Insya Allah sy akan bantu..
6/13/2014
Dapatkan Peralatan Bo0la Jaring Di www.faidzofficial.com
Anda mencari barangan sukan bola jaring? saya ada menjual pelbagai peralatan sukan bola jaring yang terkenal seperti Gilbert, Molten, Trident dan FAIDZ. Juga terdapat barangan Raqtive dan juga Rektape Kinsiology. Sila lawati di www.faidzofficial.com
2/19/2014
Muncul Di Rancangan Scoreboard TV3
Buat kali kedua Faidz muncul dalam rancangan Scoreboard TV3 yang lalu untuk mempromosi Liga Bola Jaring Lelaki. Macam biasa, tetap gagap kerana rancangan ini disiarkan secara langsung dan mungkin juga kerana terlalu penat kerana baru menghabiskan perlawanan liga 3 jam sebelum rancangan.
Apa-apa pon, pengalaman ini memang tak dapat Faidz lupakan. Ia juga memberi impak bila ramai juga di antara kawan Faidz menonton rancangan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)